Wednesday, November 11, 2015

Apa Itu TROJAN??

Umumnya, Trojan Horses atau lebih dikenali sebagai "Trojan" merupakan sebahagian daripada infeksi digital yang kehadirannya tidak diinginkan oleh pemilik komputer. Trojan terdiri di atas fungsi-fungsi yang tidak di ketahui tujuannya, tetapi sifat utamanya ialah merosakkan. Trojan masuk ke dalam suatu komputer melalui jaringan secara langsung ataupun tidak langsung.

      Trojan tidak membawa pengaruh secara langsung, seperti virus komputer, tetapi potensi bahayanya adalah jauh lebih besar daripada virus komputer. Trojan dapat diaktifkan dan dikendalikan secara jarak jauh atau menggunakan timer. Pengendalian jarak jauh seperti Remote Administration Tools, iaitu versi server yang akan dikendalikan oleh seseorang melalui versi client.

      Trojan terdiri daripada pelbagai jenis, namun di sini saya akan memperkenalkan kepada anda dua jenis trojan sahaja, iaitu XRemote dan Prorat.




#Nantikan kemunculan post berkaitan dengan XRemote dan Prorat selepas ini.

No comments:

Post a Comment