Monday, November 9, 2015

Kenali COOKIES Dan Bahayanya

Cookies atau boleh juga disebut sebagai HTTP cookies, web cookies, atau browser cookies merupakan data atau maklumat yang dicipta oleh website untuk disimpan di web browser ketika pengguna sedang melayari website tersebut. Cookies yang disimpan pada browser boleh diambil untuk memberitahu aktiviti pengguna sebelum ini.

      Cookies juga boleh saja menyimpan maklumat diri anda, seperti nama, alamat e-mail, alamat rumah atau pejabat dan nombor telefon yang boleh digunakan untuk mengenalpasti anda ataupun menghubungi anda. Ini hanya boleh terjadi apabila anda memberikan maklumat di dalam sebuah laman web.

Fungsi cookies:


  • Membantu website untuk "mengingat" siapa kita dan menyusun preferences yang sesuai sehingga user yang kembali melayari website tersebut akan terus dikenali.
  • Tidak perlu lagi untuk register berulang kali di website tersebut semasa mengakses. Cookies membantu proses login user ke dalam web server tersebut.
  • Mengetahui laman web kegemaran yang sering dilayari oleh pengguna.
      
      Secara mudahnya, sewaktu anda login pada halaman Facebook, biasanya e-mail berserta kata laluan sudah melekat di ruang tersebut. Sebagai pengguna tegar laman sosial ini, anda pasti tidak mahu memenatkan diri untuk menaip e-mail dan kata laluan berulang kali. Jadi, cookies memudahkan anda.





No comments:

Post a Comment