Tuesday, November 17, 2015

Cara Membuat Wifi Hotspot Sendiri Di Rumah

Assalamualaikum w.b.t., kali ini saya akan mengajar anda cara-cara untuk set up wifi hotspot sendiri di rumah seperti tajuk yang diberikan di atas. Jadi, kepada pembaca yang mempunyai sambungan broadband di rumah seperti Streamyx, Penangfon, dan sebagainya, tahukah anda bahawa anda dapat menjadikan rumah anda sebagai zon WIFI hotspot seperti yang banyak terdapat di restoran-restoran mamak, cybercafe dan lain-lain.

      Dengan sedikit kelengkapan dan kemahiran, anda akan dapat menyiapkan wifi hotspot sendiri di rumah masing-masing dengan mudah.

Kelebihan:

1. Jika dahulu hanya sebuah komputer atau laptop sahaja yang dapat mengakses Internet, kini semua komputer dan laptop di rumah anda dapat mengakses Internet serentak.

2. Jika rumah anda adalah rumah dua tingkat, tidak menjadi masalah untuk komputer dan laptop sama ada di tingkat bawah atau atas untuk mengakses Internet asalkan mempunyai antena wireless.

3. Dapat bermain game LAN beramai-ramai jika mempunyai banyak PC. Contohnya game Counter Strike, Red Alert, Dota dan lain-lain.

4. Dapat berkongsi fail-fail dengan seisi rumah dengan mudah.

Jika anda berminat untuk mengetahui caranya, sila ikuti tutorial ini.

Tutorial ini khas untuk pengguna streamyx yang menggunakan modem biasa (bukannya Wireless Modem).

Kelengkapann yang diperlukan:

1. Wireless Rauter.

2. Kabel LAN (2 unit).


Langkah-langkah:

Bahagian A - Sambungan Hardware

1. Dapatkan Wireless Router dimana-mana kedai komputer. Sekiranya anda mencari wireless rauter yang agak murah dan mempunyai perfomance yang baik, anda disarankan membeli wireless rauter Belkin dan boleh didapati di Plaza Lowyat.

Wireless Rauter Belkin:

Gambar Wireless Rauter Belkin

2. Jika anda menggunakan modem yang dibekalkan oleh Tmnet, sila cabut kabel LAN yang dihubungkan kepada PC anda dari modem tersebut.

3. Sekarang sambungkan kabel LAN yang telah dicabut dari PC ke port berlabel Modem pada Wireless Rauter anda.

4. Sekarang modem anda telah disambung ke Wireless Rauter.

5. Dengan menggunakan satu lagi kabel LAN, sambungkan PC anda ke wireless Rauter dengan menggunakan port berlabel Computer pada Wireless Rauter anda.

6. Modem yang telah disambungkan kepada rauter.


Bahagian B - Akses Rauter

  • Pergi ke komputer anda, klik Start > Run > cmd
  • Dalam tetingkap cmd, taip ipconfig dan tekan Enter
  • Sekarang data-data berkaitan dengan IP telah terpapar pada skrin. Dapatkan Default Gateway untuk Local Area Connection
  • Dalam contoh, default gateway ialah 192.168.2.1
  • Sekarang sila masuk ke browser Internet (Firefox, Opera, IE, Google Chrome, etc) dan taip default gateway tersebut sebagai address dan tekan Enter
  • Sekarang anda telah berjaya mengakses bahagian Setting rauter tersebut

Bahagian C -Membuat Sambungan Internet
  • Untuk memasukkan username dan password streamyx anda, sila cari bahagian yang bernama PPoE. (Anda perlu mencari sendiri kerana setiap rauter mempunyai interface yang berbeza).
  • Klik Next.
  • Masukkan Username dan Password untuk streamyx anda dan klik Apply Changes.
  • Sekarang Rauter anda akan restart. Selepas itu, setiap komputer dan laptop yang connect ke wireless rauter akan mempunyai sambungan Internet.

Bahagian D - Sekuriti Wifi
  • Bagi mengelakkan orang lain menggunakan wifi anda, anda perlu meletakkan sekuriti terhadap wifi anda. Dalam contoh ini, akan menggunakan WEP.
  • Cari bahagian bernama WEP. WEP selalunya terletak dalam bahagian security. (Anda perlu meneroka sendiri kerana setiap rauter mempunyai interface yang berbeza).
  • Masukkan password yang dikehendaki dan klik Apply Changes.
  • Sekarang setiap komputer atau laptop yang mahu connect ke Wifi anda akan diminta untuk memasukkan password terlebih dahulu. Jika anda telah connect ke wifi tersebut sebelum password diletakkan, anda terpaksa connect kembali dan meletakkan password.


Bahagian E - Nama Wifi

1. Untuk mengubah nama wifi anda, cari bahagian bernama SSID.

2. Masukkan nama SSID baru yang anda suka dan klik Apply Changes.

3. Sekarang connection Wifi anda adalah bernama JomPHP.

Sekarang anda telah siap setting wifi pertama anda. Anda boleh mencabut kabel LAN ke pc sekarang sekiranya hanya mahu menggunakan wireless. Untuk mengakses kembali rauter, hanya taip ip default gateway di web browser anda.

Sekiranya anda ikut dengan betul tutorial ini, anda pasti akan berjaya. Anda juga telah menjimatkan duit sehingga RM100 sekiranya mahu mengupah orang untuk membuat wifi di rumah anda.



*selamat mencuba :-)

No comments:

Post a Comment