Saturday, November 21, 2015

Keadaan Yang Boleh Menyebabkan Berlakunya Kemalangan

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kita terlibat dalam kemalangan. Sebagai pemandu yang berhemah, kita perlu mengenalpasti keadaan-keadaan tersebut sebelum memandu. Langkah ini penting untuk mengelakkan kemalangan. 

Ada enam (6) keadaan yang dikenalpasti boleh menyebabkan kemalangan jika pemandu tidak berhati-hati.

1. Pemandu

    Merupakan faktor terpenting dan utama yang menyebabkan kemalangan kerana apabila memandu di dalam fizikal yang letih, fikiran dan emosi yang tertekan boleh menyebabkan kemalangan. Pastikan kesihatan mental dan fizikal baik. Contoh pemandu yang letih, mengantuk, marah, bimbang atau cemas tidak sepatutnya memandu. Jangan memandu selepas minum minuman keras atau di bawah pengaruh dadah. Dilarang memandu jika mempunyai 80 miligram alkohol setiap 100 mililiter kandungan darah.

   Jangan menggunakan ubat yang tidak mendapat kelulusan doktor, mesti mendapatkan nasihat doktor jika menghadapi masalah kesihatan. 
  • Gunakan peraturan 2 saat apabila mengekori kenderaan lain.
  • Sentiasa sabar dan bertimbangrasa.
  • Sentiasa patuh kepada tanda / isyarat jalan raya.
  • Jangan memotong di kawasan larangan. Selalu kerling (melihat) cermin pandang belakang.

2. Jalan 

    Jalan dibuat supaya kenderaan dapat bergerak dengan selamat dan selesa, tetapi keadaan jalan tidak selamanya berkeadaan baik pada setiap masa. Jalan akan rosak akibat kesan daripada hujan, panas, minyak yang tumpah dan sebagainya.

i) Kelajuan memandu mesti mengikut keadaan jalan
ii) Kurangkan kelajuan semasa hujan dan jalan licin

    Memandu laju di permukaan jalan raya yang berair menyebabkan kawalan stereng, tayar dan brek tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Proses di mana tayar tidak mencecah permukaan jalan raya disebabkan lapisan air di bawahnya dikenali dengan 'hydro planning'.

    


3. Kenderaan

    Kenderaan adalah kesinambungan kepada pemandu kerana kenderaan yang tidak berfungsi dengan baik boleh menyebabkan kemalangan. Brek, lampu isyarat (signal) dan hon mesti sentiasa berfungsi dengan baik. Tayar dan pengelap cermin hendaklah di pastikan masih baik dan berfungsi. Pastikan tali pinggang kaledar boleh digunakan dan dipasang semasa memandu. Uji brek, lampu isyarat dan sesuaikan diri dengan keadaan kenderaan sebelum memandu. 


4. Cuaca

    Hujan yang lebat dan kabus yang tebal boleh menyebabkan pandangan menjadi kurang jelas. Hujan yang terlalu lebat diikuti dengan angin kencang kadangkala menghalang kita untuk terus memandu. Cermin kereta menjadi kurang jelas untuk kita melihat keluar dan jalan akan menjadi lebih licin.


5. Cahaya
  
    Halangan yang mungkin terdapat sama ada cahaya berlebihan atau tidak mencukupi seperti memandu menghadap matahari, silauan embun pagi dan cahaya lampu dari arah hadapan. Mata akan kembali pulih seperti biasa dari silauan dalam masa 7 saat dan jika pemandu memandu dengan kelajuan 70km sejam jarak kereta tersebut akan bergerak adalah sejauh 140 meter. Oleh itu, sesuaikan kadar kelajuan apabila menghadapi keadaan tersebut.


6. Lalulintas

    Keadaan kesesakan lalu lintas boleh menyebabkan kemalangan. Kekerapan kemalangan biasanya berlaku pada waktu yang sibuk seperti:
  • Waktu pagi -         ( 7.00 pagi  -  8.00 pagi)
  • Waktu tengahari - ( 12.00 tengahari  -  1.00 tengahari)
  • Waktu petang -     ( 4.00 petang  -  5.00 petang) 
    Faktor tempat seperti kawasan berhampiran pusat membeli belah, kawasan kilang, kawasan sekolah, kawasan kompleks sukan dan lain-lain juga boleh memungkinkan kemalangan berlaku. 

    Walaubagaimanapun, enam (6) keadaan halangan tersebut boleh diatasi atau dihadapi jika pemandu-pemandu memiliki ciri-ciri sebagai seorang pemandu yang berhemah.




*ingatlah orang yang tersayang :-)

No comments:

Post a Comment