Tuesday, November 17, 2015

Cara Mengenali WebProxy

Anda suka melayari Internet? Adakah anda mempunyai niat untuk melakukan tindakan yang tidak baik? Jika ya, anda perlu menyembunyikan identiti anda.

      Jadi, bagaimanakah caranya menyembunyikan identiti diri anda dan menggunakan identiti palsu semasa melayari Internet? Caranya adalah dengan memalsukan IP Address.
     
      Menyembunyikan IP Address adalah perlu supaya lokasi kita sukar dikesan. Cara mudah untuk menyembunyikan IP Address adalah dengan menggunakan WebProxy. WebProxy merupakan sebuah Website yang berasaskan proxy server yang berfungsi sebagai perantara (medium tengah) di antara anda (client) dan web server dengan setiap hubungan yang menggunakan WebProxy. IP Address anda tidak dapat dikesan semasa proses menghantar data IP Address kerana sudah disembunyikan oleh webproxy.

      Anda sebagai Client perlu membuka Webproxy terlebih dahulu kemudian Webproxy akan menghubungkan anda dengan laman sasaran.

Gambar Ilustrasi Proxy

Berikut adalah beberapa fungsi WebProxy:

1. Menyembunyikan identiti sebenar / Anonymous

Penggunaan proxy adalah cara yang paling popular dalam kalangan hacker. Jika anda selalu melakukan tindakan hacking di Internet, seseorang tidak akan menjumpai IP Address sebenar anda. Jadi, dengan menggunaka proxy, keselamatan anda akan lebih terjamin kerana IP address anda disamarkan oleh server proxy yang anda gunakan.


2. Browsing secara rahsia / Bypass Internet Filtering / Unblock Site

Lazimnya, perkara yang perlu dilakukan di Internet adalah selalu menjaga IP address, terutama bagi mereka yang memiliki IP Static atau tidak berubah-ubah. Hal ini adalah untuk menjaga keselamatan komputer anda daripada serangan yang berbahaya. Jadi, dengan menggunakan proxy, anda boleh browsing Internet secara rahsia tanpa diketahui oleh admin website yang anda layari. Kebiasaannya, admin website memasang satu program iaitu kiraan pengunjung yang boleh mencatat IP address pengunjung. Jika ada admin yang berniat jahat, admin tersebut akan menggunakan IP address itu untuk mencuri data penting, menyebarkan virus/trojan, spyware dan sebagainya. Jika anda menggunakan proxy, maka yang dicatat oleh program kiraan pengunjung tersebut hanyalah IP proxy anda saja.


3. Menghantar sesuatu secara rahsia

Ramai yang mahu menyembunyikan IP address sebenar semasa melakukan aktiviti di Internet. Penggunaan ini biasa dilakukan oleh admin website, ahli perniagaan dan hacker. Dalam usaha untuk meningkatkan jumlah pengunjung website, selalunya  admin akan menggunakan cara yang tidak beretika seperti menyebarkan emel yang isinya menarik dan dianggap berguna dalam jumlah yang besar. Admin website akan menghantar emel melalui kumpulan, mailing list dan sebagainya supaya efektif. Admin juga menggunakan proxy untuk menghantar emel secara berleluasa.


4. Memberikan pengesanan lokasi berbeza

Anda boleh melayari Internet dengan menggunakan proxy luar negeri. Umumnya dilakukan melalui rangkaian sosial. Gunakan proxy dan login ke rangkaian sosial kegemaran anda. Maka anda akan dilihat seperti berada di luar negeri. Jika anda mengemaskini status, automatik lokasi anda akan berpindah ke lokasi alamat server proxy yang anda gunakan. Hal ini menunjukkan bahawa anda berada di luar negeri atau berada di daerah yang berbeza dengan lokasi sebenar anda. Ianya sama seperti menyembunyikan lokasi anda.




*selamat mencuba :-)

No comments:

Post a Comment