"Benarkah pada zaman purba iaitu ribuan tahun lalu, sudah berlaku perang nuklear yang dasyat di India?" Itulah persoalan yang tercetus di minda penyelidik sejak mereka menemui catatan mengenai peperangan itu di dalam kitab epik India kuno 'Mahabharata dan Ramayana'.
Lebih membingungkan mereka adalah menerusi catatan tersebut, peperangan berkenaan digambarkan membabitkan teknologi canggih antaranya jet pejuang, piring terbang dan peluru berpandu. Gambaran itu memang menghairankan kerana semua senjata canggih dan pesawat berteknologi tinggi diketahui baru sahaja dicipta pada zaman moden. Justeru, mana mungkin teknologi senjata dan pengangkutan udara itu sudah wujud pada ribuan tahun lalu.
Mengikut logik akal, dunia pada masa dahulu iaitu pada ribuan tahun lalu diandaikan masih kuno dan mundur daripada perkembangan sains dan teknologi, apatah lagi untuk membina senjata nuklear. Sekiranya peperangan tercetus pada zaman kuno itu, senjata yang digunakan seharusnya membabitkan senjata tradisional seperti pedang, lembing atau panah dan bukannya jet pejuang, peluru berpandu mahupun bom nuklear.
Akan tetapi, gambaran peperangan di dalam epik berkenaan seolah-olah menggambarkan sebaliknya sehingga membuatkan kalangan penyelidik atau sesiapa sahaja yang membacanya, terpaku kebingungan. Epik itu menceritakan bahawa perang dunia menggunakan nuklear sudah berlaku pada ribuan tahun lalu tetapi melewati masa, peristiwa besar itu semakin dilupakan ramai pihak malah, sejarah mengenainya hanya kekal dicatat di dalam epik berkenaan.
Sejarah
Epik India kuno Mahabharata dan Ramayana yang ditulis dalam bahasa Sanskrit, dipercayai dihasilkan kira-kira 3500 tahun lalu atau pada 1500 Sebelum Masihi (SM).
Namun, kisah yang ditulis dalam epik itu dipercayai berlaku lebih awal daripada zaman ia ditulis. Peristiwa peperangan dasyat yang tercatat di dalam epik itu misalnya, di percayai berlaku lebih 1500 tahun sebelumnya.
Dua epik tersebut mengisahkan konflik antara dua sepupu iaitu Pandawa dan Kurawa yang mendiami kawasan tepian sungai Gangga selain dua peperangan dasyat membabitkan kerajaan Alengka dan Astina, pada zaman dulu.
Misteri kewujudan perang nuklear India kuno mula tercetus menerusi kandungan epik tersebut yang menceritakan mengenai peperangan pertama.
Ia dicatatkan seperti berikut (terjemahan): " Bahawa Arjuna yang gagah berani, duduk dalam Vimana (mungkin pesawat) dan mendarat di tengah air, lalu meluncurkan Gendewa (mungkin tembakan atau peluru beepandu) yang dapat menimbulkan sekaligus melepaskan nyala api yang kuat ke atas wilayah musuh. Seperti hujan lebat yang kencang, mengepung musuh dengan kekuatannya yang sangat dasyat.
" Dalam sekelip mata, sebuah bayangan yang tebal dengan cepat terbentuk di atas wilayah Pendawa; angkasa menjadi gelap gelita, semua kompas yang ada dalam kegelapan menjadi tidak berfungsi, kemudian badai angin yang dasyat mula bertiup disertai dengan debu pasir, burung bercicit panik. Seolah-olah langit runtuh, bumi merekah.
" Matahari seolah-olah bergoyang di angkasa, panas membara yang dilepaskan senjata ini membuatkan bumi bergoncang, gunung bergoyang, di kawasan darat yang luas, binatang mati terbakar dan berubah bentuk serta air sungai kering kontang menyebabkan ikan, udang dan lainnya mati.
" Saat Gendewa meledak, suaranya bagaikan halilintar, membuatkan askar musuh terbakar bagaikan batang pohon yang terbakar hangus. "
Peperangan kali kedua pula diceritakan seperti berikut (terjemahan): " Pasukan Alengka menaiki kenderaan yang cepat, meluncurkan sebuah rudal (mungkin peluru berpandu) yang ditujukan ke kota pihak musuh. Rudal ini seperti mempunyai segenap kekuatan alam semesta, terangnya seperti terang puluhan matahari, kembang api bertebaran naik ke angkasa, sangat indah.
" Mayat terbakar sehingga tidak mampu dibezakan. Bulu rambut dan kuku terbakar sehingga menggelupas, perkakas tanah liat retak, burung yang terbang terbakar oleh suhu tinggi. Untuk menghindari kematian, para askar terjun ke sungai lantas membersihkan diri dan senjatanya. "
Sebaik membaca kandungan epik yang menggambarkan mengenai keadaan semasa peperangan, maka titik permulaan misteri tersebut mula tercetus.
Ini berikutan penulis epik berkenaan dapat menggambarkan dengan tepat sekali keadaan ketika letupan nuklear berlaku seolah-olah beliau dapat melihat sendiri betapa dasyatnya kesan letupan bom itu.
Gambaran itu tidak akan dapat ditulis sekiranya peperangan pada zaman tersebut hanya berlaku membabitkan senjata tradisional seperti pedang atau tombak saja.
Teori dan Penemuan
Sebaik meneliti baris demi baris mengenai kisah peperangan nuklear yang tercatat di dalam epik Mahabharata dan Ramayana, penyelidik cuba mencari jawapan kepada misteri terbabit.
Mereka mula mejelajahi bumi India dan melakukan pelbagai kajian bagi mancari bukti sama ada peperangan nuklear itu benar-benar berlaku pada ribuan tahun lalu atau ia sekadar satu mitos pengarangnya sahaja.
Berdasarkan epik tersebut, penyelidik menemui satu petunjuk mengenai maklumat geografi peristiwa berkenaan iaitu berlaku di tepi Sungai Gangga.
Lalu dengan penuh harapan dan persoalan, mereka mula menyusuri kawasan sepanjang Sungai Gangga bagi mencari sebarang bukti yang boleh dikaitkan dengan kisah dalam epik Mahabharata dan Ramayana.
Ketika itulah satu penemuan mengejutkan ditemui kumpulan penyelidik terbabit. Di hulu Sungai Gangga, kumpulan penyelidik itu menemui banyak runtuhan yang memiliki kesan hangus terbakar. Terdapat mineral yang menyerupai batu besar yang ditemui pada runtuhan itu kelihatan terlekat menjadi satu manakala permukaannya cengkung, tidak rata dan menonjol.
Kajian saintifik yang dilakukan kemudiannya mendapati mineral itu hanya dapat dileburkan dengan suhu setinggi lebih 1800 darjah celcius dan suhu sepanas itu hanya boleh dicapai menerusi ledakan nuklear saja.
Penemuan bukti yang hampir sama tidak sahaja ditemui di hulu Sungai Gangga tetapi juga di dalam hutan primitif di pedalaman India. Di dalam hutan itu, penyelidik menemui banyak runtuhan yang memiliki kesan hangus dan lebur sehingga membentuk kristal dan kaca.
Penemuan itu menyebabkan penyelidik terfikir - mungkinkah pada ribuan tahun lalu, sudah wujud tamadun manusia yang begitu maju dalam bidang sains dan teknologi sehingga mampu menghasilkan pesawat, senjata berteknologi tinggi malah bom nuklear.
Namun, disebabkan perkara tersebut masih menjadi misteri, segala rahsia ilmu sains dan teknologi yang sudah diterokai itu kembali hilang sehingga menyebabkan manusia pada hari ini berfikir bahawa penduduk pada zaman purba adalah mundur dan primitif.
*sesungguhnya rahsia dunia itu milik Allah S.W.T dan hanya Dia sahajalah yang maha mengetahui segala isi kejadiannya. Subhanallah.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete