Nak menjadi orang kaya?. Sudah tentu jawapannya ya kerana ia adalah impian dan mungkin juga harapan kepada setiap orang yang bergelar manusia. Nin dia tips simple yang anda semua boleh amalkan. :-)
1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan saja duit balance yang seringgit dua / sen tu sebagai tips kepada mereka yang serve kita. Tak luak pun duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.
2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tolong kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun, kita tidak tahu doa yang mana akan makbul. Mereka yang berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang untuk buat macam tu.
3. Jika kita singgah solat kat mana-mana surau atau masjid, jangan lupa lepas solat seluk poket cari note yang paling BESAR untuk disedekahkan ke tabung masjid. Manalah tahu, mungkin itu sumbangan terakhir kita. Hanya orang yang betul-betul kaya mampu berbuat demikian.
4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar seperti Tesco / Giant, tapi cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual / petani. Tak perlu berkira sangat mintak tawar-menawar sayur atau lauk mentah tu.
5. Time nak belikan mainan anak, bawak jer diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam-macam mainan boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys R Us, RM10 buat bayar parking je.
6. Bila naik teksi, genapkan saja tambang tu. Dengan niat untuk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak mahu jadi pemandu teksi. Tak semua orang berpeluang naik teksi dan jadi penumpang.
7. Adakala kita tengah queue di kaunter bayaran mini market, kalau jumpa budak-budak merengek nak beli jajan or gula-gula, apa salahnya tolong ambil dan bayarkan. Buat diorang senyum.
8. Time travel balik kampung, singgah kat mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok-tengok lah orang sekeliling. Ada yang singgah dengan keluarga ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pun macam kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan mereka walaupun mereka mampu.
9. Masa kita minum di kedai kopi / kedai makan, sekali-sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum untuk meja sebelah. Usha dulu lah meja, tengok yang mana patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.
10. Jika ada peluang pergi melawat orang sakit dekat wad, time nak belikan buah tangan, apa kata beli extra satu paket. Pass kat jiran katil sebelah dia. Doakan kesejahteraan mereka. Besar nilainya bagi orang yang tengah sakit dapat ingatan sebegitu. Orang kenamaan saja biasanya ada peluang buat macam tu.
Kita tidak memerlukan masa dan saat yang sesuai untuk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu untuk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.
Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalau buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yang memberi, mana tahu esok lusa kita pula yang akan menerima.
Sumber: Facebook Bob Rich
"Sesungguhnya sebenar-benar orang kaya adalah orang yang banyak memberikan sebahagian daripada hartanya kepada orang lain(fakir miskin)".
No comments:
Post a Comment