Saturday, December 26, 2015

Cara Untuk Kecilkan Saiz (Byte) Gambar Pasport Dengan Microsoft Office 2010

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera, kali ini saya ingin tunjukkan kepada anda cara-cara untuk mengecilkan saiz byte gambar dengan menggunakan Microsoft Office 2010. Kebanyakkan orang tidak tahu ketika proses apply atau mohon pekerjaan atas talian (online), ada sesetengah laman web yang meminta kita untuk upload atau muat naik gambar ukuran pasport sebagai syarat untuk memohon sesuatu pekerjaan dalam laman web tersebut tetapi dengan syarat saiz byte gambar tersebut tidak melebihi 20kb. Walhal gambar pasport kebiasaannya mempunyai saiz byte yang besar antara 50kb dan ke atas.

      Ini menyukarkan pemohon jika ia memerlukan mereka untuk muat naik gambar pasport yang bersaiz 30kb dan ke bawah. Seperti pengalaman saya sendiri yang mana laman web tersebut hanya memerlukan gambar pasport yang bersaiz 20kb dan ke bawah sahaja yang untuk disimpan. 

      Terdapat banyak perisian yang boleh digunakan untuk membantu pemohon pekerjaan atas talian (online) mengecilkan saiz byte gambar pasport. Tetapi saya hanya ingin tunjukkan kepada anda cara untuk kecilkan saiz byte dengan menggunakan Microsoft Office 2010 sahaja. Saya akan beritahu langkah-langkah berserta dengan gambar proses yang saya jalankan sendiri.


Sila ikuti langkah-langkah seperti di bawah.

1-      Pilih mana-mana gambar pasport untuk dikecilkan saiz byte. Saya hanya menggunakan gambar yang saya ambil dari google sahaja. Klik kanan pada gambar dan gerakkan anak panah ke bahagian Open with kemudian klik pada Microsoft Office 2010. Jika ia tiada dalam senarai anda boleh cari Microsoft Office tersebut dengan cara klik sahaja pada Choose default program...

    



2-      Selepas antaramuka Choose default program keluar, klik pada Other Programs. Jika perisian Microsoft Office 2010 masih lagi tiada dalam senarai Other Programs tersebut, anda boleh klik pada butang Browse dan pada bahagian ini anda perlu cari Microsoft Office 2010 dalam mana-mana bahagian folder didalam komputer/laptop anda. Setelah dijumpai, terus klik pada butang Open. Contohnya seperti gambar dibawah. 




3-      Baiklah, sekarang kita akan membuka gambar pasport melalui Microsft Office 2010. Contoh gambar adalah seperti di bawah. Jika anda berasa terganggu dengan gambar tersebut abaikan saje dan gelak plan-plan kot belakang, hahahahaa. Jika gambar tersebut tiada lawak, teruskan saja ke proses seterusnya, huhu. Emm, baiklah setelah puas bergelak tawa, mulailah dengan klik pada butang Edit Pictures...




4-       Bahagian Edit Pictures akan keluar pada sebelah kanan gambar anda. Kemudian anda klik pada Compress Picture. Terima kasih.      




 5-        Selepas setting bahagian Compress Pictures sudah keluar. Anda akan dipaparkan dengan tiga (3) pilihan bagi mengecilkan saiz byte gambar samada untuk Document, Web Pages dan E-mail Messages. Sekarang anda perlu klik pada butang pilihan E-mail Messages

*Perhatian: Pada bahagian Estimated total size dibawah, anda akan dipaparkan jumlah saiz byte yang asal (original) bersama-sama dengan jumlah saiz byte yang telah dikecilkan (compressed).     




7-      Jika anda sudah berpuas hati dengan hasil yang ditunjukkan. Sila klik pada butang Ok. Di akhir proses ini, gambar pasport anda akan kelihatan kecil seperti dibawah. Jangan bimbang kerana ini adalah kesan daripada proses pengecilan saiz byte tersebut.




8-      Akhir sekali, gambar pasport yang telah siap dikecilkan sudah boleh disimpan. Klik File pada hujung paling kiri di sebelah atas dan klik Save. Jika anda hendak menamakan semula gambar tersebut, anda hanya perlu klik pada Save As... dan berikan nama yang dikehendaki sebelum anda klik pada butang Ok. Selepas itu anda boleh keluar dengan menekan butang pangkah pada atas paling kanan tetingkap anda.





PERHATIAN: Gambar yang telah mengalami proses pengecilan akan kehilangan sedikit kualiti gambar tersebut. Jadi jangan hairan jika gambar anda kelihatan sedikit kabur setelah anda membukanya nanti. Sekarang anda sudah boleh menggunakan gambar tersebut untuk memohon pekerjaan jika ia memerlukan anda untuk memuat naik gambar pasport yang dikehendaki. Selamat mencuba. 


*Anda boleh kongsikan atau share ilmu ini sekiranya ia bermanfaat. Terima kasih daun keladi. (^_^)

9 comments:

  1. Untaian Info untuk Anda
    http://untaianinfo.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Terima kasih banyak-banyak anda sangat membantu saya. Tq so much...

    ReplyDelete
  3. Thank u saaaaaangat sangat mudah dan jelas...

    ReplyDelete
  4. gambar passport biasa kurang dari 200 kb ke ?

    ReplyDelete
  5. Terima kasihh,sangat membantu

    ReplyDelete
  6. Terima kasih banyak2. sangat membantu. semoga depermudahkan urusan anda sekeluarga. amin..

    ReplyDelete