Wednesday, November 11, 2015

Cara Mencari Fail Yang Tersembunyi Dengan HIDDEN FILE TOOL

Secara umumnya, Hidden File Tool ini merupakan sebuah aplikasi yang boleh mencari fail yang disembunyikan (hidden file) oleh pemiliknya. Sekarang ini, perisian Hidden File Tool boleh didapati dalam versi 2.0. Versi baru ini memberi lebih banyak penambahbaikan fitur dari versi sebelumnya, termasuklah mampu memaparkan folder dan bukan sahaja fail. Berikut merupakan fitur-fitur versi 2.0:

  • Mencari fail dan folder tersembunyi (ciri-ciri hidden) termasuk juga ciri-ciri: System, Archive, dan Read Only.
  • Pencarian yang pantas. Versi 2.0 dengan mengikut urutan, sehingga proses pencarian tidak terganggu dan terhenti.
  • Mencari fail dengan penghujung tertentu berserta dengan pilihan jenis-jenis fail yang banyak kali diakses atau mungkin berbahaya.
  • Mengubah ciri-ciri fail: Hidden, System, Archive dan Read Only.
  • Memadamkan fail dari senarai yang dipaparkan.
  • Tampil dengan warna yang berbeza-beza mengikut fail yang tertentu (folder dalam warna latar kuning).

      Hidden File Tool merupakan perisian Portable. Cara menggunakannya adalah dengan menentukan terlebih dahulu drive ataupun folder yang ingin anda imbas (scan) dengan cara klik tombol Browse dan anda juga dapat menentukan format fail tertentu pada kotak Filter.

      Kemudian anda boleh menanda checklist pada bahagian Attributes yang ingin anda paparkan. Jika sudah, klik tombol Search untuk memulakan pencarian dan tunggu sehingga proses scanning selesai. Kemudian akan dipaparkan semua fail yang telah ditemui.

      Bahagian data yang telah ditemui adalah berwarna kuning, menandakan ia sebuah folder. Untuk memperlihatkan fail yang tersembunyi telah ditemui sangat mudah. Anda hanya perlu klik nama fail sekali dan kemudian berikan tanda checklist pada bahagian Set Attribute, contohnya Read Only kemudian klik tombol Apply. Maka fail yang tersembunyi tersebut akan dapat dilihat. Berikut adalah beberapa tips-tips yang anda boleh praktikkan semasa menggunakan perisian Hidden File Tool:
  • Gunakan tombol Shift + klik atau Shift + arrrow atas/bawah untuk memilih lebih dari satu fail/folder dari senarai pencarian.
  • Anda juga boleh memilih beberapa fail sekaligus dengan Ctrl + Klik.
  • Kita boleh mengaturkan senarai pencarian dengan klik pada header atau ruang tajuk.

Perhatian!!!

1. Jika anda menggunakan Window 7 dan ingin mengubah ciri-ciri fail, run HFT dengan klik kanan dan pilih Run as Administrator.

2. Tentukan drive yang ingin anda scan dan klik tombol Browse.

3. Jika sudah, klik tombol Search untuk memulakan pencarian.

4. Fail yang sudah ditemui akan dipaparkan.

5. Apabila anda ingin memaparkan fail yang tersembunyi itu, klik nama fail dan tandakan Read Only dan Archive pada bahagian Set Attribute kemudian klik Apply.

6. Hasilnya, fail yang sebelum ini tersembunyi sudah berjaya diperlihatkan.


OK, selamat mencuba.



No comments:

Post a Comment