Sabtu, 26 Disember 2015

Cara Untuk Kecilkan Saiz (Byte) Gambar Pasport Dengan Microsoft Office 2010

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera, kali ini saya ingin tunjukkan kepada anda cara-cara untuk mengecilkan saiz byte gambar dengan menggunakan Microsoft Office 2010. Kebanyakkan orang tidak tahu ketika proses apply atau mohon pekerjaan atas talian (online), ada sesetengah laman web yang meminta kita untuk upload atau muat naik gambar ukuran pasport sebagai syarat untuk memohon sesuatu pekerjaan dalam laman web tersebut tetapi dengan syarat saiz byte gambar tersebut tidak melebihi 20kb. Walhal gambar pasport kebiasaannya mempunyai saiz byte yang besar antara 50kb dan ke atas.

Sabtu, 21 November 2015

Keadaan Yang Boleh Menyebabkan Berlakunya Kemalangan

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kita terlibat dalam kemalangan. Sebagai pemandu yang berhemah, kita perlu mengenalpasti keadaan-keadaan tersebut sebelum memandu. Langkah ini penting untuk mengelakkan kemalangan. 

Selasa, 17 November 2015

Cara Membuat Wifi Hotspot Sendiri Di Rumah

Assalamualaikum w.b.t., kali ini saya akan mengajar anda cara-cara untuk set up wifi hotspot sendiri di rumah seperti tajuk yang diberikan di atas. Jadi, kepada pembaca yang mempunyai sambungan broadband di rumah seperti Streamyx, Penangfon, dan sebagainya, tahukah anda bahawa anda dapat menjadikan rumah anda sebagai zon WIFI hotspot seperti yang banyak terdapat di restoran-restoran mamak, cybercafe dan lain-lain.

Sabtu, 14 November 2015

Cara-cara Untuk Mencegah Virus Trojan

Umumnya, virus Trojan merupakan serangan alam digital yang dasyat dan risikonya adalah kemusnahan yang berskala besar. Siapa saja, tentunya semua ingin mengelakkan perkara ini daripada terjadi kepada diri-sendiri.

Rabu, 11 November 2015

Apa Itu TROJAN??

Umumnya, Trojan Horses atau lebih dikenali sebagai "Trojan" merupakan sebahagian daripada infeksi digital yang kehadirannya tidak diinginkan oleh pemilik komputer. Trojan terdiri di atas fungsi-fungsi yang tidak di ketahui tujuannya, tetapi sifat utamanya ialah merosakkan. Trojan masuk ke dalam suatu komputer melalui jaringan secara langsung ataupun tidak langsung.

Isnin, 9 November 2015

Kenali COOKIES Dan Bahayanya

Cookies atau boleh juga disebut sebagai HTTP cookies, web cookies, atau browser cookies merupakan data atau maklumat yang dicipta oleh website untuk disimpan di web browser ketika pengguna sedang melayari website tersebut. Cookies yang disimpan pada browser boleh diambil untuk memberitahu aktiviti pengguna sebelum ini.

Rabu, 28 Oktober 2015

Peristiwa Raja Muhammad Shah Dibuang Ke Pahang

Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang mencatatkan, Sultan Mansur Shah murka apabila mendapat perkhabaran anakanda baginda, Raja Muhammad membunuh anak Bendahara Tun Perak bernama Tun Besar. Peristiwa sedih itu berlaku dalam tahun 1450an, sewaktu Raja Muda Muhammad bersama pengiringnya melawat Kampung Bendahara dengan menunggang kuda.

Sejarah Mahkota Sultan SELANGOR Yang Kita Tak Pernah Tahu

Mahkota pertama yang pernah dipakai oleh Sultan Selangor ialah sewaktu istiadat pertabalan Sultan Muhammad Shah, (Sultan Selangor Ketiga) pada 27 Oktober 1826. Baginda telah memakai mahkota yang telah ditempah khas di Bugis yang diperbuat daripada emas sepenuhnya. Ia dinamakan "Mahkota Leleng".